Wednesday 2 November 2016

Sakit

Sakit
Takkan dapat diungkap
Apa yang aku rasa?
Bagaimana perasaan ini?

Sakit
Hadirmu tak ku pinta
Skalamu tak ku duga
Pergimu aku pohon

Sakit
Saat kau datang menjengah
Beribu perasaan datang kepadaku
Rengsa dan derita ku rasa

Sakit
Andai pergimu cuma sebentar
Berikanku penawar
Agar hilang walau sementara cuma

Sakit
Ku mohon
Agar setiap rasa sakit kau beri
Ada kemanisan yang bakal kau pamerkan

Read, Like, Follow

Thursday 6 October 2016

Pasrah

Assalamualaikum.

Manusia dan ujian itu berpisah tiada bahkan andai kita lari hingga ke hujung dunia sekalipun ujian pasti mengekori kita walau di mana kita berada. Ujian itu berbagai bentuk : Kesusahan, ketidakupayaan, kemiskinan, kesakitan dan yang sewaktu dengannya. Namun, ada yang lupa tentang ujian yang datang daripada bentuk : Kemewahan, keupayaan, kesenangan, kesihatan, kekayaan serta segala bentuk yang mampu menyenangi hati-hati manusia.

Manusia itu sifatnya alpa. Alpa pada dunia saat hati dijentik rasa gembira yang tidak terhingga. Allah menaburkan bahagia di hati dan kehidupan manusia kerana sifat Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kalian yang telah mendapat nikmat daripada Allah itu, bersyukurlah selagi nikmat itu tidak ditarik semula. Andai ditarik semula, kalian pasti menyesal "Kenapalah aku tidak lakukan sedemikian sebelum ini, andai tidak perkara ini pasti takkan terjadi?"

Iman manusia itu ada naik dan turunnya. Ingatlah, saat kita diuji kita harus bersangka baik akan aturan Allah dalam hidup kita kerana terciptanya sesuatu itu pasti ada asbab dia. Allah tahu sama ada kita mampu atau tidak.

Jangan saat kita diuji kita menyalahkan takdir, JANGAN! Muhasabah diri semula, pasti ada kekosongan yang tidak terisi dalam amalan atau ibadah kita. InsyaAllah, dengan ketaqwaan yang tinggi pasti Allah kurniakan kemanisan dalam takdir kita.





Read, Like, Follow

Sunday 5 July 2015

Nukilan lama

Warna
Kehidupan kita diibaratkan umpama warna
Jika pilih putih
Maka putihlah ia
Jika pilih hitam
Maka hitamlah ia

Kita
Adalah manusia
Diumpamakan seperti tangan yang mewarna
Kita yang memilih warna apa
Mencorakkan dengan lakaran yang bagaimana
Mewarnainya seindah pelangi biasa
Ataupun
Luar biasa
Semua pilihan terletak di tangan kita

Antara
Mahu atau tidak
Sahaja.

25 Mei 2015 | 10:28PM

Read, Like, Follow

Friday 26 June 2015

Manusia dan ukhuwah

Assalamualaikum.

 Manusia, hati berpisah tiada.


Manusia, ada yang baik dan ada yang jahat. Ingat, sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin. Kita hidup di dunia ni untuk cari redha Allah. Hidup dalam kelompok masyarakat untuk bina silaturrahim ataupun ukhuwah. Bina sebuah hubungan baik yang diredhai Allah.

Orang yang baik ni dia akan jalin hubungan silaturrahim dengan orang sekelilingnya. Berkawan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. 

"Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim."

Tanpa ukhuwah yang kukuh, kita manusia umat islam takkan mampu menggapai kesatuan ummah. Dengan perasaan sayang antara satu sama lain, saling membantu dan saling memerlukan. Kita insan, lemah dan ilmu kita terbatas. Setinggi mana ilmu kita takkan mampu menandingi ilmu Allah.
Kerana itu kita dituntut untuk menjalinkan ukhuwah. Kita mampu berkongsi ilmu yang tidak kita ketahui. Malah, ilmu yang dimanfaatkan juga adalah amalan yang tidak akan terhenti sekiranya kita meninggal dunia.



Tapi, mengapa ada manusia yang sering iri hati kepada kita? Kenapa? Tidak cukup puaskah dia dengan kehidupannya?

Janganlah jadi manusia yang hanya mahu melihat dirinya gembira tetapi disebalik kegembiraan itu ada terselit derita terhadap orang lain. Ada orang lain yang sanggup berkorban untuk lihat orang lain gembira tetapi kenapa kita tidak?

Dengan ukhuwah, insyaAllah semuanya mampu diatasi. Kita bina ukhuwah dengan redha Illahi tiada hasad dengki, yang ada hanyalah kasih dan sayang. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.




Read, Like, Follow

Saturday 28 February 2015

Apa hati aku rasa?

Apa perasaan kau bila kawan kau gembira?

Mestilah kau pun gembira. Ketawa bersama, kalau boleh sampai guling-guling atas tanah tu kau ketawa. Kalau aku, tumpang gembira sekali lah. Heh, dia macam "kita sehati sejiwa" apa dia rasa aku rasa.
Kau tahu tak, kegembiraan kawan kita tu berharga. Dia macam terdetik dalam hati "Kalau boleh aku taknak sakitkan hati dia. Aku cuma nak tengok dia bahagia & gembira". Wuu, hari-hari boleh tengok dia senyum & hati pun gembira senang hati.


Apa perasaan kau bila kawan kau sedih?

Bila aku nampak kawan aku sedih / nangis, secara automatik airmata aku mengalir. Heh, aku memang hati kental tapi bila berkaitan dengan kawan hati aku macam puding yang lembut tu. ( Nampak tak sayang kawan dia macam mana? ) 
Bila kawan aku sedih, aku dua hati untuk buat dia ketawa / layan sedih dia. First, aku layan dulu sedih dia macam "Weh kau kenapa? Jangan sedih / nangis." aku tariklah konon-konon bagi semangat. Lepastu entah idea datang dari ceruk mana aku boleh bawa kawan aku yang sedih tu ketawa. At last, aku lega juga nampak dia boleh tinggalkan kesedihan tu.


Apa perasaan kau bila kawan kau marah kau?

Hah ini buat aku rasa nangis. Wei, I'm totally lost bila aku tahu kawan aku marah aku. Dia rasa macam airmata tu mengalir bak air paip yang rosak tak boleh tutup. Aku terus jumpa kawan aku minta maaf. Alaaa, ayat cliche "Aku minta maaf. Aku rindu kau. Wei, kita janganlah begitu, rindu kau".


Apa perasaan kau bila kawan kau sakitkan hatimu?

Hmm, mungkin kadang aku tegur kadang aku diam macam aku budak paling pendiam. ( boleh bayangkan? ) *Ehem, aku memang paling aku okey? -- Mohon kawan aku yang baca tolong jangan muntah.
Yalah, tapi mungkin take a few days untuk tenangkan hati, relaxkan diri. Lepastu, aku okay lah. Pendam dalam hati, letak di lubuk hati. Hahaha aku kadang tak bagitahu pun kalau aku sakitkan dengan orang lain. Sebab kerja paling senang aku buat bila mood unstable macam begitu, aku makan aku tengok tv, aku main game. Cun kan cara aku? --Jangan ikut cara aku, nanti gemuk!



Kita kena pandai-pandai jaga diri kita, hati kita & fikiran kita. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi? Harapkan siapa? Kucing? Manusia lain? Diaorang pun ada yang perlu dijaga. Janganlah terlalu-sangat rasa nak jaga hati orang, nanti kita sakit hati kita yang akan tanggung sendiri.

Walau apa pun yang aku akan tempuhi, angkat dagu, senyum, angkat kening & anggap setiap sesuatu pasti ada hikmah. Okay?


Suatu masa, kau melihat aku ketawa dan tersenyum.
Bibir aku rajin menuturkan kata-kata. 
Mungkin gurauan dan mungkin sebuah pengakuan.
Aku riang dan girang tersenyum seolah-olah bagai ada yang mencuit hati.
Senyumku ukir untuk menghiasi harimu agar kau gembira.
Gurauan itu untuk mengisi celoteh pagi, siang dan malam.

Mungkin akan tiba suatu saat, tiada lagi garisan di olesan bibirku.
Kerana silap aku--aku tahu aku tak sempurna.
Tiada lagi gurau seperti dulu.
Senyumku mungkin sekadar paksaan.
Mungkin kedinginan menghiasi hari itu.
Aku tak salahkan kau.
Kerna aku tahu tiada yang sempurna di dalam dunia ini.
Tiada kesempurnaan yang mutlak melainkan di akhirat kelak.

Kau perlu ingat,
Hati aku bukan diperbuat seperti komputer yang mampu buang dan simpan mana yang aku pilih.
Hati aku,
Aku yang kena jaga.
Sebab aku tahu takkan ada orang lain lagi yang akan menjaga hati ini.
Aku sering mempersoalkan,
Mengapa aku perlu jaga hati orang, sedangkan tiada orang yang jaga hati aku?
Ada orang pernah pesan dekat aku,
Kalau kita jaga hati orang, nanti orang lain jaga hati kita.
Husnuzhon juga pesanannya.



Read, Like, Follow

Friday 19 September 2014

Iri hati

Assalamualaikum.



Kadang aku terfikir sendiri,

 Kenapa perlu iri hati?
  Kenapa perlu timbul hasad dengki?
   Adakah berbaloi semua ini?
    Atau ia bakal memamah diri?

Manusia itu sering iri hati pada insan lain yang mungkin memiliki kelebihan yang tidak ada pada dirinya. Tidakkah dia tahu bahawa Allah mencipta seseorang insan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing? Mungkin pada mata anda, seseorang itu terlalu banyak kelebihannya, ingatlah, pasti ada kekurangan yang terselit pada dia.

Namun pada kelebihan itu bukan untuk diperagakan kepada orang lain. Tetapi, Allah memberi kelebihan itu untuk menguji ketaqwaan seseorang hambaNya. Kelebihan itu perlu disyukuri pada Allah yang memberi kerana Allah boleh menarik nikmatNya bila-bila masa sahaja sama ada anda sedar atau tidak.

Pada kekurangan tidak perlu disesali mahupun ditangisi. Anggaplah kekurangan itu sebagai keunikan pada diri anda. Kekurangan akan mengajar kalian erti bersyukur dengan apa yang Allah beri. Tiap kekurangan yang diberi itu pasti ada hikmahnya.

Jika semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan yang sama, tidakkah kalian akan jemu melihat orang sekeliling anda? -- Eh, aku bosan lihat orang sekeliling yang mempunyai corak persamaan yang seiring dengan aku.
Lihat pada dunia sekarang, kita punya corak kehidupan yang berbeza. Pada yang kurang kita simpati dan prihatin. Pada yang lebih kita syukuri nikmatNya.

Jangan terlalu mencari pada titik persamaan, cari pada titik perbezaan yang bakal melengkapi kalian antara satu sama lain. Yang pasti memeberi impak kesyukuran dan ketakwaan kalian.

Andai kau punya kelebihan tersendiri, jangan engkau bangga, jangan engkau riak malah 'ujub. Itu semua bersifat fana yang akan lesap dan lenyap bila Allah mahu. Muhasabah diri dan tingkatkan ketakwaan kepada Allah di tiap hari mu. Hiasinya dengan amal yang meningkatkan iman itu.

Wallahu'alam, waalaikumsalam.






Read, Like, Follow

Thursday 4 September 2014

Karenah itu

Assalamualaikum.

Karenah? Ia juga ditafsirkan dengan perangai.
Di dunia terlalu banyak ragam manusia. Ada yang menjengkelkan, ada yang mencuit hati.
Aku tidak persoalkan karenah manusia di dunia.

Semua pernah jejakkan kaki menuntut di sebuah sekolah. Tidak kira tadika, sekolah rendah malah sekolah menengah. Di situ kita dapat lihat berbagai-bagai karenah pelajar.

- Sekolah rendah -

Aku ada kawan sekolah rendah yang masih berhubung sehingga sekarang. Dah masuk 11 tahun -- bila aku hitung semula.

Ada yang hari-hari jumpa. Tak kira pagi, petang atau malam. Ada seorang nama dia Sammy Hon Xing Xuan ( Sebut dengan betul ), dia ni satu sekolah kelas pun kira selang sebuah saja. Pagi-pagi kau jalan kau nampak muka dia. Kalau petang pun nampak muka dia -- latihan bola keranjang. Lepas tu, malam kau jumpa lagi dekat tusyen. Tapi apa yang pelik, entah kenapa aku tak pandai bosan / menyampah tengok muka dia. Bila kau jumpa, kau rasa macam nak ketawa, nak cari gaduh tapi tak pandai muak tengok muka dia. Sekarang, aku rindu dia. Rindu buli, gelak, buat kerja sama-sama.

Ada yang sampai sekarang kau boleh kata "geng" -- Elly, Effa, Shasha. Darjah 5 dan 6 sekelas. Duduk pun dekat juga -- walaupun sebenarnya ada selang beberapa murid. Kalau dulu, bila sekelas kau rasa ada ja benda boleh bawa gaduh. Tak puas hati sikit -- perang dingin. Akhir-akhir, berbaik gelak macam dunia aku yang punya. Sekarang, kalau cuti ( Woi! Kau busy? Jom jalan. Rindu heh. ) Ayat klise bila ajak jalan. ( Menyampah tau -- tiada bagi salam kau terjah jaa. Aku yang tidur pun boleh terkejut macam kena renjat elektrik. )

Ada kawan aku sekelas, aku jumpa juga dekat Karate Sabtu / Ahad. Bila Sensei suruh cari pasangan untuk Kumitte, aku cari juga kawan aku tu-- Kalau tak puas hati, kau boleh cari peluang untuk tumbuk / tendang dia. Kalau latihan Kata, mesti sebelah kawan. Kadang Sensei pun rasa rimas kot, dia bagi sorang dekat depan, sorang dekat belakang.

- Sekolah menengah -

Sekolah menengah lagi banyak ragam. Mana lagi bila kita yang tengah mencapai fasa peningkatan remaja.

Dalam kelas mesti yang paling ramai -- Bila tiada guru atau tiada kerja, tidur. Macam tiada aktiviti lain kan? Rasa dalam kelas macam mengantuk lagi-lagi bila lepas rehat kau makan. Ada juga yang main bantai dia -- walaupun ada guru, dia tidur.

Ada juga yang pendiam -- tapi tak ramai, tapi ada. Ada yang pendiam tahap tujuh petala -- Orang ni boleh dikira berapa perkataan yang dia cakap dalam sehari. Kalau kau tanya, dia jawab kau dengan senyuman dia yang cantik tu. ( Aku suka kacau kawan aku yang macam ni.)
Ada yang pendiam sikit -- Bila orang buat lawak sikit dia ketawa sampai mengalir airmata.

Ada juga yang bila gaduh kau rasa macam jauh ja orang tu. Bercakap macam guna microphone -- Wanita. Tapi, lama-lama baik juga. ( hahaha nama pun kawan sekelas )

Aku respect dekat orang yang jenis sabar. Wah! Kau cakap ja apa-apa pasal dia, kau kutuk ikut sedap mulut kau pun -- Dia tetap sabar.



Karenah itu yang kadang bila dikenang buat hati terusik. Bila kaki dah melangkah keluar / pergi dari sekolah mesti rindu -- Rasa "bolehkah aku dapat suasana macam ni lagi dekat luar sana?". Pasti aku rindu karenah rakan-rakan seperjuanganku itu-- Pasti!



Read, Like, Follow