Sunday 27 October 2013

Menjaga hati & merawat hati

Assalammualaikum.
 
Qalbu - bolak-balik. Kadang kita akan rasa marah, benci, sayang, rindu dan berbagai lagi perasaan. Hati manusia ini jarang tenteram dek perasaan yang bercampur-baur. Kenapa perlu kita merasai atau melalui perasaan yang sedemikian? Kenapa? Itulah makna disebalik QALBU. Allahu.
Manusia bila dikecewakan kenapa harus membenci? Sedangkan sebelum ini kita pernah saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tiada gunanya asyik membenci. Apabila kita membenci, maka hitamlah hati kita. Setitik kehitaman di hati, hari demi hari. Bagaimana untuk hari-hari seterusnya? Adakah kita akan terus membenci dan membiarkan titik kehitaman itu mewarnai hati kita? Tidak! Hati kita akan menjadi gelap.
Andai tidak inginkan kehitaman itu, andai tidak ingin untuk membenci, biarlah perasaan kita menjadi perasaan yang sederhana sahaja. Tidak terlalu sayang dan tidak terlalu benci. Sesuatu yang 'terlalu' itu akan membuatkan kita terlalu kecewa. Jangan biarkan kehitaman itu mewarnai hati kita. 
Ini bukan untuk anda, namun sebagai peringatan untuk diri saya juga. Kita manusia, masing-masing melakukan kesilapan. Hati kita Allah yang pegang, DIA berhak untuk membolak-balikkan hati kita mengikut kehendakNYA. Siapalah kita? Hanya manusia kerdil yang coretan kehidupan itu telah tercatat di Lauh-Mahfuz. Alhamdulillah, Allah memelihara hati ini dari terus diselubung rasa kecewa, sedih. Andai anda dalam kesedihan, rawatlah hati anda dengan senyuman dan zikir. Sujudlah dan memohon kepadaNYA. DIA adalah sebaik-baik pendengar. Luahkan kepadaNYA. DIA sentiasa bersama kita tika senang mahupun susah. Apabila kita meluah dengan Allah, sujud dan memohon kepadaNYA, insyaAllah hati kita akan rasa tenang dan bersyukur kerana DIA sentiasa berada bersama kita. Allah adalah segalanya. Kita kerdil dan tidak punyai apa-apa kerana kita hidup untuk ber'ibadah kepadaNYA. Mohon Allah terus menetapkan hati-hati kita untuk perasaan yang sederhana sahaja. Amin!
 

Read, Like, Follow

Sunday 14 July 2013

Kesedihan dirahsiakan di sebalik senyuman.

Assalammualaikum wahai putera dan puteri :) Salam ke-5 Ramadhan dari saya.

"Perempuan yang banyak ketawa adalah perempuan yang banyak menyimpan kesedihan di sebaliknya."



Mungkin betul. Perempuan ni kadang-kadang sukar untuk dibaca. Kenapa? Kerana mereka seringkali dikaitkan dengan airmata. Tapi, insyaAllah tidak bagi seorang perempuan yang kuat. Dia hanya akan merasai kesedihan itu seorang diri. Lainlah, jikalau seseorang dapat menyingkap kesedihan di sebalik senyuman dan tawanya.
Bagi saya, saya memang begitu. Kenapa? Sebab saya tahu saya dapat hadapi dugaan ini. 
"Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan seseorang hamba itu."

InsyaAllah, biarpun banyak dugaan yang kita telah hadapi dan akan kita hadapi, kita pasti boleh menghadapinya dengan senyuman. Allah uji kita, sebab Allah tahu kita boleh dan kita kuat untuk hadapi dugaan yang diberikan Allah.
Bagi saya, dengan tersenyum dan tertawa itu dapat memberikan kekuatan kepada kita untuk menghadapi sesuatu itu. Senyum itu penawar, senyum itu sedekah, senyum itu senaman. Dugaan dan ujian inilah yang akan membuat kita menjadi seorang yang tabah untuk menghadapi masa akan datang.


Apa yang penting, kita jangan lemah dek dugaan yang mendatang. Jangan goyah, teruskan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Biarlah kita rasa sedih itu, jangan biar orang lain merasainya. Kerana, mungkin ada orang lain yang lebih besar dugaannya daripada kita. :) Teruskan tersenyum!

Read, Like, Follow

Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem

Assalammualaikum :) Apa khabar putera puteri? Saya sihat alhamdulillah. Saya nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan yang Mulia ini. Moga dapat menambahkan amalan yang terkurang. Ya Allah, indahnya rasa hati melalui Ramadhan ini. 


Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan iman. Bukan itu sahaja, apabila kita menghayati maksud di sebalik puasa iaitu menjaga pandangan dengan menundukkan pandangan muslimin dan muslimat, jaga aurat, jaga iman dan tingkatkan iman. Iman ini sukar untuk bertambah tanpa usaha, manakala mudah sahaja berkurang.
Moga Allah memberkati amalan dan rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu ini ya Allah. Kami bersyukur diatas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami.
Saudara, kita disini sakan Ramadhan. Pernahkah kita terfikir saudara-saudara kita di Syria? Gaza? Mesir? Allahu, andai terkenang, sungguh sayu hati. Moga Allah melindungi mereka. Andai mereka berjuang demi Islam, syahidlah mereka. Allahuakbar! Ya Allah peliharalah mereka yakni saudara-saudara Islamku di sana. Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan kepada Engkau kami meminta.
Hiasilah Ramadhan ini dengan amalan sunnah Rasulullah. Sebelum itu, lakukan yang wajib dahulu. Jaga solat 5 waktu. *sebagai peringatan kepada diri ini juga* Saling ingat-mengingati sesama Islam. Berikan kami cahaya RamadhanMu ya Allah. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami di bulan Ramadhan ini dalam meningkatkan amalan dan iman. InsyaAllah. :) 

Khas : Memandangkan malam ini malam Jumaat, saudara sudah membaca surah Al-Kahfi? Kalau belum, kalian boleh baca sama ada malam jumaat / hari jumaat. InsyaAllah, banyak fadhilatnya.
"Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (HR An Nasa’i dan Baihaqi)

Read, Like, Follow

Sunday 26 May 2013

Melupakan kisah lalu.

Assalammualaikum. Mengapa sukar untuk seseorang melupakan apa yang telah berlaku kepadanya suatu ketika dahulu? Walaupun perkara itu sudah bertahun lamanya. Alangkah baiknya jikalau otak kita seperti komputer. Boleh delete apa yang kita tidak ingin, boleh save apa yang kita inginkan. Namun, ia sesuatu yang sukar. 
Kadang bila kita sudah mencuba untuk melupakan sesuatu, pasti banyak halangan. Kadang-kadang, perkara itu akan berlegar di ruang minda seseorang. Kita boleh memaafkan atas apa yang diperlakukan oleh seseorang, tapi sukar untuk kita lupakan apa yang telah dilakukan. Betul tak?
Bayangkan kalau otak kita berfungsi seperti komputer. Wah, alangkah bagusnya! Boleh kita delete orang-orang yang kita tidak mahu ingat. Kita cuma save kenangan indah dan save sentiasa orang-orang yang kita sayang. Kalau format otak pula, ah dah macam hilang ingatan. Tapi, siapa nak lupa ingatan? Lupa ingatan tu semua orang dan benda pun dia tak ingat.
Kisah lalu kita boleh lupakan secara beransur-ansur. Tetapi, pengajaran yang kita peroleh daripada kisah itu kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup.

Kita hanya dapat berdoa agar Allah berikan kita kekuatan untuk melupakan kisah lalu tanpa mengenangnya kembali. Mungkin sukar, tapi kita boleh terus mencuba dan cuba sehingga kita berjaya lakukan. Betul tak? Yang penting kita terus melangkah kehadapan tanpa berundur. Kisah lalu jadikan pengajaran yang dapat memberikan impak yang baik kepada diri, bukan impak yang buruk kepada diri.
Apa yang penting, kita harus redha dalam menerima takdir Allah tanpa mengeluh. Kita mungkin mahir dalam membuat perancangan mungkin juga mahir dalam menulis buku atau novel. Tapi, Allah sebijak-bijak perancangan yang terhebat. Tiada tandingan perancangannya. Kita ibarat pensel yang hanya boleh melakar, tetapi Allah yang akan membetulkan perancangan kita itu. Allahu'alam.
Wasalam.

Read, Like, Follow

Sunday 19 May 2013

Maaf dan mencuba memaafkan.

Assalammualaikum,
Tidak ada tindakan yang baik dalam pergaduhan selain memaafkan. Bukan senang untuk kita maafkan seseorang. Walau tidak bertumbuk atau berpukul. Tapi, daripada kata-kata seseorang ataupun kita mungkin akan dapat menimbulkan pergaduhan. Ya, saya akui itu.
Ego seseorang mungkin akan menghalang dirinya daripada mengaku kesalahan itu. Kita tidak dapat tanggapi hati seseorang. Kadang-kadang ada orang yang jenis memendam rasa. Kadang-kadang ada yang bercakap terus terang. Kadang-kadang ada yang dua-dua sekali. Kita tidak boleh jangka hati mereka. Tidak sama sekali. Kadang dalam diam seseorang dia menangis disebabkan pergaduhan itu, tapi di hadapan kawan-kawannya dia beriak gembira seakan-akan tiada apa yang berlaku dalam masa yang sama dia tidak menegur. Bukan tidak mahu, cuma itu prinsipnya. 
Ya memaafkan memang mudah, melupakan sesuatu yang sukar. Fikirlah, kesalahan yang kita buat tu kadangkala memang menggores hati seseorang. Kadangkala, dia pendam sesuatu tentang diri kalian, bila kalian menyakiti hatinya dia akan pendam. Tidak mustahil. Kita siapa? Mereka siapa? Semua manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. 
Tegurlah seseorang itu jika dia melakukan kesalahan dengan cara yang baik dan tidak menjatuhkan maruahnya. Jadi, apabila kita ditegur maka kita terimalah teguran itu dengan berlapang dada. Kenapa perlu dipertikaikan teguran seseorang? Tidak, kita ditegur, kita terima dengan berlapang dada. Kadang apa yang kita perkatakan secara "random" membuat orang terasa. Maaf andai ada yang terasa.

 Disini saya ingin memohon maaf andai saya pernah tersilap bicara dengan kalian. Maaf atas semua kesalahan. Masing-masing tidak lari daripada melakuka kesalahan. Jadi, maaf untuk yang kesekian kalinya. Saya akan memperbaiki diri dalam mencuba untuk memaafkan kesalahan seseorang. Kadang-kadang pengalaman yang membuat hati saya keras. 

Wasalam.

Read, Like, Follow

Wednesday 17 April 2013

Terkenang kisah lalu? :(

Assalammualaikum :) Apa khabar semua? Maaf, sibuk memanjang sejak naik tingkatan 4 ni. Haih, maklumlah, dah menengah atas. Ye dok? Huk aloh. 
Baiklah, apakah yang anda akan rasa pabila kalian terkenang seseorang yang anda pernah sayang dahulu? Yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kalian? Apakah? Bagaimanakah? Hmph mari-mari kongsi.
Sebelum ni, saya ada mengikuti satu seminar Sejarah. Masa balik dari seminar tu, saya jumpa dengan 'bekas' kawan baik saya. Okay, mulut memang kata tak suka, tapi apabila hati berdetik, apakah hati merindui diri itu? Otak saya pun ligat berfikir. Ya, memang hati saya merindui dia. Tipulah kalau tak rindu.
Carilah orang yang kalian pernah 'terlalu' sayang sebelum ini. Adakah sebegitu pantas anda dapat melupakan seseorang itu? Memaafkan kesalahannya memang mudah, tapi bukan untuk melupakan kenangan kami dahulu. Terus terang, di sekolah kawan-kawan asyik mengungkit kisah saya dengan dia. Mungkin bagi mereka itu suatu kesilapan. Tapi tidak bagi saya. Itu suatu pengajaran dan pengalaman. Alhamdulillah, setakat ni saya tak sampai nak marah bebudak dekat kelas tu. 
Kenapa perlu kaitkan saya yang dulu dengan dia? Kenapa? Bagi anda, apa yang anda akan rasa 'kawan baik yang terlalu disayang' berubah? Lepastu, persahabatan kalian musnah? Sakitkan? Jadi, jangan nampak kesalahan orang untuk diungkit dan dipersoalkan. Jadikan itu sebagai pengajaran kepada diri kalian. :)
Alhamdulillah, setakat ni 'bekas kawan baik' saya tu masih lagi menghormati saya. Ya, dia masih salam dan cium tangan saya *terkenang*. Eh? *sedih, lap air mata hingus* Hmph. Ya, 'bekas kawan baik' tidak bererti mereka itu tidak boleh dikawan. Boleh, cuma mungkin sayang kita padanya dulu dengan sekarang berbeza. Mungkin sukar untuk terima suatu ketentuan takdir. Tapi, apakan daya. Siapa kita untuk melawan takdir. Bagi saya sekarang biarlah kehidupan ni tak terikat dengan sesiapa. Tapi jujur, bila saya ingat 'bekas kawan baik' saya tu, saya akan nangis. Saya terasa sampai sekarang betapa sedihnya. Entah berapa kali saya pernah menangis sebab dia. Bila ingat saja, mesti nangis. Kenapa kawan-kawan di kelas tak pernah nak faham perasaan saya? Tidak mengapa, saya akan cuba tersenyum selagi saya dapat tersenyum. Bagi pihak 'bekas kawan baik' saya juga. Saya tahu, kesilapan lalu adalah pengajaran untuk sekarang. Moga Allah dapat pertemukan saya dengan sahabat yang dapat memahami saya.

 Kamu, andai kamu tahu betapa saya pernah menyayangi anda sebelum ini. Andai kamu tahu airmata yang mengalir itu untuk mengubati hati saya yang luka. Kamu, jaga diri. Tiada lagi saya disisi kamu yang dapat menjaga, mengambil berat tentang kamu. Bahagialah kamu dengan kehidupan kamu. Ya kamu, selamat menjaga diri. Xx

Read, Like, Follow

Saturday 9 February 2013

Hati diduga, hati menjadi tabah

Assalammualaikum bloggers. Maaf sebab lama tidak meng-update blog dek sibuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran serta dugaan.
Mengapa kita diuji? Mengapa kadang kala hati kita merasa sedih? Kadang kala merasa gembira? Ya, manusia sering diuji dengan pelbagai corak dugaan. Kadang-kadang, hati kita putus asa dalam menghadapi dugaan yang berat. Apatah lagi apabila seorang wanita yang diberi dugaan. Hati wanita ini lembut. Hati yang mudah terpengaruh, mudah terluka, mudah tersentuh. Tetapi, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dalam menghadapi dugaannya.
Dengan dugaan itu, kita dapat mengambil iktibar untuk dijadikan pengalaman, kekuatan dan pengajaran untuk melalui liku-liku kehidupan yang akan datang. Manusia sering diuji dengan masalah cinta, sahabat dan keluarga, Betul tidak? 
Daripada pengalaman saya, saya sering diuji melalui masalah dalam persahabatan. Kenapa sukar untuk mencari sahabat sejati? Sedangkan ramai kawan yang hidup di samping kita? Ya, memang ramai kawan yang hidup di samping kita. Tetapi, adakah mereka yang akan bersama kita tika susah atau senang? Tidak mungkin dan ya mungkin. Siapa tahu? Sahabat dan kawan adalah berbeza. Saya sering dikecewakan oleh sahabat. Yang dahulunya rapat bagai belangkas kini seperti anjing dengan kucing yang sering berkelahi dek kerana saya menegur sikapnya sahaja persahabatan yang dahulu dibina kini runtuh seperti rumah yang tidak bertiang. Mengapa sukar untuk mempertahankan sahabat? Hmm, memang setiap yang baik pasti ada ujian yang akan diberikan kepada kita. Melalui situasi itu, kita dapat tahu sama ada kita mampu untuk melalui dugaan itu bersama sahabat atau dengan sendiri sahaja. Kita dapat melihat siapa sebenarnya kawan dan sahabat kita.
Biarlah diduga, tabahkan hati kalian dalam menempuhi dugaan itu. InsyaAllah, tempuhi dengan senyuman ikhlas yang terukir di wajah indahmu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. 

Ya Allah, titipkanlah rasa rinduku kepada insan yang pernah menjadi sahabatku. Engkau lindungilah mereka. Berikanlah mereka kebahagian bersama yang tersayang. Tiupkan angin rinduku walau mereka tidak tahu ku sedang merindui mereka. Amin ya Rabb.

Read, Like, Follow

Sunday 6 January 2013

Menghargai orang yang menyayangi kita :)

Assalammualaikum semua. Pernahkah kita menghargai orang yang menyayangi kita? Mungkin ada, tetapi pasti ada yang tercicir. Pasti ada yang tidak kita ketahui siapakah gerangan itu. Kebanyakan orang lebih mengambil berat tentang hati dan perasaan orang yang mereka sayangi berbanding orang yang menyayangi mereka. Memanglah, kata mereka takut jika orang yang kita sayang itu akan terasa. Ieda pernah terdengar kata-kata ni.
Jangan tinggalkan orang yang menyayangi kita demi orang yang kita sayang kerana tidak semestinya orang yang kita sayang itu akan kekal bersama kita. Sukar untuk kita dapatkan kasih orang yang kita sayangkan itu sepertimana seseorang yang sedang menyayangi kita. Kasih sayang mereka amat bermakna. Jadi, hargai mereka.
Renung-renungkanlah kata-kata diatas. Memang susah bila kita hadapi situasi begini. Tapi, kita kena pandailah untuk hadapinya. Yakinkah kita orang yang kita sayang itu akan sayang kita sebagaimana kita sayang mereka? Hurm.
Apabila kita telah mengecewakan sekeping hati yang menyayangi kita, pasti perkara itu akan terkena semula pada kita. Suatu hati nanti, sekeping hati yang kita telah berikan kepada orang yang kita sayang itu akan dikecewakan oleh mereka sendiri. Rasa-rasanya confirm frust menonggeng kan? Hahaha. Sukarkah untuk kita hargai mereka? Walaupun kita tak dapat terima mereka sebagai teman hidup. Hanya hargai sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tapi, mungkin susah kan. Takut hati kita pula akan tersangkut pada mereka. Hehee. Selagi mereka belum SAH menjadi milik kita, janganlah engkau mencuba untuk menyayangi mereka kononnya melebihi segala-galanya.
Hanya sebagai peringatan ya sahabatku. Hati-hati ketika memberi hati, jangan sampai tersakit hati. Kelak, dikau merana menahan sendiri ke-sakitan hati. :)


Read, Like, Follow