Sunday 14 July 2013

Kesedihan dirahsiakan di sebalik senyuman.

Assalammualaikum wahai putera dan puteri :) Salam ke-5 Ramadhan dari saya.

"Perempuan yang banyak ketawa adalah perempuan yang banyak menyimpan kesedihan di sebaliknya."



Mungkin betul. Perempuan ni kadang-kadang sukar untuk dibaca. Kenapa? Kerana mereka seringkali dikaitkan dengan airmata. Tapi, insyaAllah tidak bagi seorang perempuan yang kuat. Dia hanya akan merasai kesedihan itu seorang diri. Lainlah, jikalau seseorang dapat menyingkap kesedihan di sebalik senyuman dan tawanya.
Bagi saya, saya memang begitu. Kenapa? Sebab saya tahu saya dapat hadapi dugaan ini. 
"Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan seseorang hamba itu."

InsyaAllah, biarpun banyak dugaan yang kita telah hadapi dan akan kita hadapi, kita pasti boleh menghadapinya dengan senyuman. Allah uji kita, sebab Allah tahu kita boleh dan kita kuat untuk hadapi dugaan yang diberikan Allah.
Bagi saya, dengan tersenyum dan tertawa itu dapat memberikan kekuatan kepada kita untuk menghadapi sesuatu itu. Senyum itu penawar, senyum itu sedekah, senyum itu senaman. Dugaan dan ujian inilah yang akan membuat kita menjadi seorang yang tabah untuk menghadapi masa akan datang.


Apa yang penting, kita jangan lemah dek dugaan yang mendatang. Jangan goyah, teruskan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Biarlah kita rasa sedih itu, jangan biar orang lain merasainya. Kerana, mungkin ada orang lain yang lebih besar dugaannya daripada kita. :) Teruskan tersenyum!

Read, Like, Follow

Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem

Assalammualaikum :) Apa khabar putera puteri? Saya sihat alhamdulillah. Saya nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan yang Mulia ini. Moga dapat menambahkan amalan yang terkurang. Ya Allah, indahnya rasa hati melalui Ramadhan ini. 


Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan iman. Bukan itu sahaja, apabila kita menghayati maksud di sebalik puasa iaitu menjaga pandangan dengan menundukkan pandangan muslimin dan muslimat, jaga aurat, jaga iman dan tingkatkan iman. Iman ini sukar untuk bertambah tanpa usaha, manakala mudah sahaja berkurang.
Moga Allah memberkati amalan dan rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu ini ya Allah. Kami bersyukur diatas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami.
Saudara, kita disini sakan Ramadhan. Pernahkah kita terfikir saudara-saudara kita di Syria? Gaza? Mesir? Allahu, andai terkenang, sungguh sayu hati. Moga Allah melindungi mereka. Andai mereka berjuang demi Islam, syahidlah mereka. Allahuakbar! Ya Allah peliharalah mereka yakni saudara-saudara Islamku di sana. Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan kepada Engkau kami meminta.
Hiasilah Ramadhan ini dengan amalan sunnah Rasulullah. Sebelum itu, lakukan yang wajib dahulu. Jaga solat 5 waktu. *sebagai peringatan kepada diri ini juga* Saling ingat-mengingati sesama Islam. Berikan kami cahaya RamadhanMu ya Allah. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami di bulan Ramadhan ini dalam meningkatkan amalan dan iman. InsyaAllah. :) 

Khas : Memandangkan malam ini malam Jumaat, saudara sudah membaca surah Al-Kahfi? Kalau belum, kalian boleh baca sama ada malam jumaat / hari jumaat. InsyaAllah, banyak fadhilatnya.
"Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (HR An Nasa’i dan Baihaqi)

Read, Like, Follow