Friday 19 September 2014

Iri hati

Assalamualaikum.



Kadang aku terfikir sendiri,

 Kenapa perlu iri hati?
  Kenapa perlu timbul hasad dengki?
   Adakah berbaloi semua ini?
    Atau ia bakal memamah diri?

Manusia itu sering iri hati pada insan lain yang mungkin memiliki kelebihan yang tidak ada pada dirinya. Tidakkah dia tahu bahawa Allah mencipta seseorang insan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing? Mungkin pada mata anda, seseorang itu terlalu banyak kelebihannya, ingatlah, pasti ada kekurangan yang terselit pada dia.

Namun pada kelebihan itu bukan untuk diperagakan kepada orang lain. Tetapi, Allah memberi kelebihan itu untuk menguji ketaqwaan seseorang hambaNya. Kelebihan itu perlu disyukuri pada Allah yang memberi kerana Allah boleh menarik nikmatNya bila-bila masa sahaja sama ada anda sedar atau tidak.

Pada kekurangan tidak perlu disesali mahupun ditangisi. Anggaplah kekurangan itu sebagai keunikan pada diri anda. Kekurangan akan mengajar kalian erti bersyukur dengan apa yang Allah beri. Tiap kekurangan yang diberi itu pasti ada hikmahnya.

Jika semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan yang sama, tidakkah kalian akan jemu melihat orang sekeliling anda? -- Eh, aku bosan lihat orang sekeliling yang mempunyai corak persamaan yang seiring dengan aku.
Lihat pada dunia sekarang, kita punya corak kehidupan yang berbeza. Pada yang kurang kita simpati dan prihatin. Pada yang lebih kita syukuri nikmatNya.

Jangan terlalu mencari pada titik persamaan, cari pada titik perbezaan yang bakal melengkapi kalian antara satu sama lain. Yang pasti memeberi impak kesyukuran dan ketakwaan kalian.

Andai kau punya kelebihan tersendiri, jangan engkau bangga, jangan engkau riak malah 'ujub. Itu semua bersifat fana yang akan lesap dan lenyap bila Allah mahu. Muhasabah diri dan tingkatkan ketakwaan kepada Allah di tiap hari mu. Hiasinya dengan amal yang meningkatkan iman itu.

Wallahu'alam, waalaikumsalam.






Read, Like, Follow

Thursday 4 September 2014

Karenah itu

Assalamualaikum.

Karenah? Ia juga ditafsirkan dengan perangai.
Di dunia terlalu banyak ragam manusia. Ada yang menjengkelkan, ada yang mencuit hati.
Aku tidak persoalkan karenah manusia di dunia.

Semua pernah jejakkan kaki menuntut di sebuah sekolah. Tidak kira tadika, sekolah rendah malah sekolah menengah. Di situ kita dapat lihat berbagai-bagai karenah pelajar.

- Sekolah rendah -

Aku ada kawan sekolah rendah yang masih berhubung sehingga sekarang. Dah masuk 11 tahun -- bila aku hitung semula.

Ada yang hari-hari jumpa. Tak kira pagi, petang atau malam. Ada seorang nama dia Sammy Hon Xing Xuan ( Sebut dengan betul ), dia ni satu sekolah kelas pun kira selang sebuah saja. Pagi-pagi kau jalan kau nampak muka dia. Kalau petang pun nampak muka dia -- latihan bola keranjang. Lepas tu, malam kau jumpa lagi dekat tusyen. Tapi apa yang pelik, entah kenapa aku tak pandai bosan / menyampah tengok muka dia. Bila kau jumpa, kau rasa macam nak ketawa, nak cari gaduh tapi tak pandai muak tengok muka dia. Sekarang, aku rindu dia. Rindu buli, gelak, buat kerja sama-sama.

Ada yang sampai sekarang kau boleh kata "geng" -- Elly, Effa, Shasha. Darjah 5 dan 6 sekelas. Duduk pun dekat juga -- walaupun sebenarnya ada selang beberapa murid. Kalau dulu, bila sekelas kau rasa ada ja benda boleh bawa gaduh. Tak puas hati sikit -- perang dingin. Akhir-akhir, berbaik gelak macam dunia aku yang punya. Sekarang, kalau cuti ( Woi! Kau busy? Jom jalan. Rindu heh. ) Ayat klise bila ajak jalan. ( Menyampah tau -- tiada bagi salam kau terjah jaa. Aku yang tidur pun boleh terkejut macam kena renjat elektrik. )

Ada kawan aku sekelas, aku jumpa juga dekat Karate Sabtu / Ahad. Bila Sensei suruh cari pasangan untuk Kumitte, aku cari juga kawan aku tu-- Kalau tak puas hati, kau boleh cari peluang untuk tumbuk / tendang dia. Kalau latihan Kata, mesti sebelah kawan. Kadang Sensei pun rasa rimas kot, dia bagi sorang dekat depan, sorang dekat belakang.

- Sekolah menengah -

Sekolah menengah lagi banyak ragam. Mana lagi bila kita yang tengah mencapai fasa peningkatan remaja.

Dalam kelas mesti yang paling ramai -- Bila tiada guru atau tiada kerja, tidur. Macam tiada aktiviti lain kan? Rasa dalam kelas macam mengantuk lagi-lagi bila lepas rehat kau makan. Ada juga yang main bantai dia -- walaupun ada guru, dia tidur.

Ada juga yang pendiam -- tapi tak ramai, tapi ada. Ada yang pendiam tahap tujuh petala -- Orang ni boleh dikira berapa perkataan yang dia cakap dalam sehari. Kalau kau tanya, dia jawab kau dengan senyuman dia yang cantik tu. ( Aku suka kacau kawan aku yang macam ni.)
Ada yang pendiam sikit -- Bila orang buat lawak sikit dia ketawa sampai mengalir airmata.

Ada juga yang bila gaduh kau rasa macam jauh ja orang tu. Bercakap macam guna microphone -- Wanita. Tapi, lama-lama baik juga. ( hahaha nama pun kawan sekelas )

Aku respect dekat orang yang jenis sabar. Wah! Kau cakap ja apa-apa pasal dia, kau kutuk ikut sedap mulut kau pun -- Dia tetap sabar.



Karenah itu yang kadang bila dikenang buat hati terusik. Bila kaki dah melangkah keluar / pergi dari sekolah mesti rindu -- Rasa "bolehkah aku dapat suasana macam ni lagi dekat luar sana?". Pasti aku rindu karenah rakan-rakan seperjuanganku itu-- Pasti!



Read, Like, Follow

Saturday 23 August 2014

Hormat

Assalamualaikum.


Hormat. Kalian faham tamsilan hormat? 

Kalian mahu dihormati oleh insan yang lebih muda daripada kalian. Namun, kalian marah bila kalian tidak dihormati. Ya tidak? 
Sebelum itu, cuba kalian fikir dan fikir adakah kalian juga menghormati orang yang lagi tua daripada kalian? Hidup ini, apa yang kita beri pada orang, Pasti suatu saat nanti kita juga akan dapat semula apa yang kita lakukan pada orang. 
Individu sekarang lebih gemar dengan kata-kata "Kalau kau hormat aku, aku akan hormat kau balik. Kalau kau tak hormat aku, aku pun takkan hormat kau".
Ingat, jangan kita minta dihormat kalau kita sendiri belum tahu tamsilan hormat.
Abang-abang dan kakak-kakak, kalau mahu adik-adik hormat pada kalian, kalian kena sayang mereka dan hormat mereka juga. Bukan sekadar orang tua yang perlu kita hormat. Malahan yang muda juga perlu kita hormat. Kita mesti tinjukkan tauladan yang baik kepada mereka.
Adik-adik, janganlah kalian ikut pada individu yang tidak mengerti tamsilan hormat itu. Hormatlah orang di sekeliling kalian itu.

Jangan marah bila orang tak hormat pada kau sebab kau sendiri tak hormat orang lain.
Fahami tamsilan hormat.

Jangan biarkan emosi mempengaruhi apa yang anda luahkan. 

Read, Like, Follow

Sunday 22 June 2014

Mencari ketenangan itu.

Assalammualaikum. 
Tiada manusia sesempurna Rasulullah. Tiada manusia sehebat Baginda. Walaupun Baginda ma'sum, namun Baginda sentiasa melakukan ibadah, malah ibadah sunat juga. (Ibadah sunat rujuk kepada Hadith-hadith yang sahih).
Tika diri dilanda resah-gelisah, gundah-gulana. Bagaikan sesuatu yang mengganggu emosi diri. Tidak pernah terfikir bagaimana mencari ketenangan tersebut. Sebelum ini, masalah diluahkan kepada rakan atau sahabat. Sedangkan, Allah itu sentiasa ada bersama kita. Luahkanlah kepadaNYA! Andai tiada bahu untuk kalian menangis, namun sejadah sentiasa terbentang untuk kalian sujud dan memohon kepadaNYA.
Diri yang hidup di dunia ini. Sedang mencari di mana kebahagian, di mana ketenangan. Terlalu banyak masa yang dibazirkan, baru kini ku tahu Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu.
Di dunia ini, terlalu banyak liku-liku kehidupan yang perlu kita tempuhi. Dugaan itu sinonim dengan subjek kehidupan. Di kala kalian merasa tidak kuat, kembali kepada Allah. Kalian akan rasa tenang, malah InsyaAllah DIA akan membantu kalian. Mintalah apa jua pertolongan kepada Allah, istiqomahlah dalam melakukan ibadah kepadaNya. Jangan pernah rasa terpinggir oleh mana-mana manusia, jangan pernah rasa tersisih, jangan pernah rasa kekosongan, kerana Allah sentiasa bersama kita tika susah mahupun senang.
Bila kita berusaha untuk ber'hijrah', pasti banyak likuan yang kita akan hadapi. Namun, dugaan itu adalah tarbiah daripada Allah. Jangan difikir derita itu akan berpanjangan, kelak ia akan membawa putus asa pada Allah. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu. 

Jangan hirau apa pandangan orang terhadap kita, pandangan Allah lebih penting dan bermakna kepada kita. Bila kita ingin berubah, pasti banyak yang "bercakap-cakap" tentang masa lalu kita. Siapa mereka untuk me'judge' atau 'label' kita mahupun manusia lain? Hanya Allah yang berhak.

Bilamana seorang wanita berubah kepada yang lebih baik. Seringkali dihujani dengan beberapa soalan.
"Kau tak panas pakai tudung labuh? Kau tak panas pakai sarung tangan? Kau tak panas pakai sarung kaki? Kau tak malu keluar pakai baju besar gedabak macam baju orang tua?"
Jawapan saya untuk soalan pertama, tidak. Sebab apa? Sebab ada dalil yang menyuruh agar wanita melabuhkan tudung mereka. 
Soalan kedua, tidak. Sebab leceh bila angkat tangan, lengan baju sibuk jugak terlucut. Langkah berjaga pakailah sarung tangan. Tak perlu lagi nak 'cover-cover' lengan baju tu dari terlucut. Ingat, lengan wanita adalah aurat juga.
Soalan ketiga, tak. Sebab aurat juga yang harus ditutup.
Soalan keempat, tak malu pun. Buat apa pakai baju sendat-sendat tapi pakai tudung? Macam bungkus aurat tapi bukan tutup aurat.

Saya ada soalan untuk kalian fikir.
Ada dua orang perempuan. Orang pertama berhijab dan menutup aurat. Orang kedua hanya sekadar memakai skirt pendek dan tidak menutup aurat. Kamu rasa yang mana orang akan tertarik untuk di'kacau'?
Islam menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna kerana islam itu melindungi. Biarlah maruah wanita itu kita lindungi dan pelihara. Semoga hidayah itu bakal milik kita.

Waalaikumsalam.


Read, Like, Follow

Wednesday 30 April 2014

Siapakah insan yang berjasa?

Assalamualaikum.

Siapakah yang anda rasakan "mereka" yang berjasa dalam hidup kalian? Siapa? Soal diri. Tanya iman dan hati.
Namun, pada tanggapan saya, pada hidup saya, "mereka" itu adalah bonda dan ayahanda saya. 
Kenapa?
Setiap orang pasti ada alasan tersendiri.
Pada tanggapan saya, ayahanda dan bonda lah yang berjasa.

Bonda, 
Dia telah mengandungkan kita 9 bulan 10 hari,
Tanpa pernah merungut membawa kandungan yang sarat ke mana-mana,
Menjaga kita sejak dari dalam kandungan sehingga kini dengan baik,
Dengan kasih dan sayang yang melimpah ruah,
Tanpa mengenal erti tamatnya curahan kasih seorang ibu.

Ayahanda,
Dia telah bersengkang mata berjaga malam,
Melayan karenah di hening subuh,
Dia telah bertungkus-lumus mencari nafkah,
Menunaikan keinginan kita,
Memberikan kita kehidupan yang sempurna.

Ayahanda dan bonda,
Kalian terlalu banyak berjasa kepada anakanda,
Kalian memberikan kami kasih-sayang yang tiada batasan,
Mengajar kami erti kehidupan sebenar,
Memberikan kehidupan yang sempurna,
Moga Allah merahmati keluarga kita.

Wahai Ayahanda dan Bondaku,
Walau sebesar pengorbananku kepada kalian,
Pengorbanan itu tidak mampu menandingi pengorbanan kalian selama ini,
Namun akan ku cuba untuk memberikan kebahagian kepadamu,
Kegembiraan kalian adalah kegembiraan ku.

Ayahanda dan bonda,
Moga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada keluarga kita,
Menjauhkan kita daripada api neraka,
Pertemukan kita di syurgaNya dengan rahmat illahi.

Wasalam, fi hifzillah.




Read, Like, Follow