Thursday 20 December 2012

Persahabatan :)

Assalammualaikum semua. Salam malam-subuh. Kita semua tahu apa itu sahabat. Sahabat adalah berbeza daripada kawan. Sahabat adalah orang yang paling akrab denganmu. Yang sentiasa berada denganmu tika susah ataupun senang. Tetapi, adakah kita pasti dan yakin sahabat yang sekarang bersama kita akan bersama sampai bila-bila? *mengeluh*
Mungkin ya dan juga mungkin tidak. Kita hanya mampu berdoa. Jika yang kini bersama kita bukan sahabat sampai bila-bila, kita kena terima dan redha. Allah sudah mengatukan untukmu sahabat yang lebih baik dan yang akan menggantikan 'sahabat'mu yang telah pergi dari sisimu itu.
Mungkin ramai yang pernah mengalami 'kehilangan sahabat baik'. Betul tak? Saya pun pernah mengalaminya. Ya! Sekarang saya juga mengalaminya. Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa sudah. Hanya mampu mendoakannya. Siapalah saya untuk melawan takdir? 
Semua orang pasti kecewa apabila ditinggalkan oleh sahabat mereka demi orang lain. Siapa tidak kecewa? Orang yang selama ini ada bersamamu, mendengar masalahmu. Apabila saya sedih, saya marah, saya tidak berada dalam 'mood' yang okay, saya sakit, saya terlalu 'teruja/gembira' dia akan datang memeluk saya. Kami akan berkongsi perasaan bersama. Yang banyak memberikan kata semangat. Yang menjadi 'orang penting' dalam hidup. Yang banyak mendampingi. Yang banyak memori indah bersama. 
Tapi, apakan daya? Hatinya kini yang dahulu begitu dekat dengan hatiku kini jauh beribu batu daripada hatiku. Sedangkan, saya tak tahu apa motif dia. Ya, memang sejak awal tahun lagi hubungan kami menjadi begitu dingin dan rapuh. Menjadi erat semula, dan kembali rapuh dan terus merapuh hingga berderai seperti hati saya yang kecewa. Saya banyak memberinya peluang untuk memperbaiki kesalahannya. Mengapa dia tidak menghargai peluang itu? *sedih*
Dia yang dahulu dan dia yang sekarang berbeza. Dia sekarang ber'sahabat' baik dengan orang yang pernah menjadi kawan baik kami dan kerana kesalahan orang itu yang melampau kami menjadi musuh. Bagaimanakah hatinya cepat berubah? Sebegitu rapuhkah hati manusia?
Alhamdulillah, mungkin bersahabat baik dengan kaum lelaki lebih baik. Mereka sangat santai. Saya harap, sahabat yang kini tidak akan rapuh lagi persahabatan kami seperti persahabatan saya yang lalu. Saya sangat takut untuk mengalami situasi 'kehilangan sahabat' :)

Maaf, lama sudah tidak meng-update. Alhamdulillah :)

Read, Like, Follow

Monday 12 November 2012

Tabahkan hati

Assalammualaikum semua. Hello mello guys! Apa khabar semua? Harap semua sihat belaka. :) Lama tak men-conteng dinding blog-simple ini. Hee, rindu terasa ingin berceloteh. 
Baiklah, di dunia ni, tiada manusia yang tidak pernah tidak diuji oleh Allah kan? Semua manusia pernah merasai ujian dari Allah. Ieda rasa tahun ni adalah tahun paling banyak dugaan dan ujian yang terpaksa ieda tempuhi. Alhamdulillah berkat sokongan keluarga, kawan dan orang yang sentiasa berada di sekeliling ieda. Mereka sentiasa memberi kata dorongan juga semangat untuk tempuhi segala dugaan yang datang bergolek di hadapan kita. Walau apa pun, kita kena tempuhi walaupun kita tidak menginginkannya. Betul tak? Siapalah kita hendak melawan takdir? Jika kita suda ditakdirkan sedemikian, maka kita harus menerima takdir itu dengan redha.
Jadilah diri sendiri yang akan menghadapi dugaan itu. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Memang kita merasa kadang-kadang kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan itu. Tetapi, kita disuruh untuk memohon kepada Allah. Kerana hanya dia tempat untuk kita memohon. Pohonlah padaNya, berdoa padaNya, pinta padaNya kerana Dia Maha Kuasa. 
Manusia ciptaan yang lemah. Apatah lagi insan bernama wanita. Insan yang berjiwa lembut dan mudah tersentuh. Jangan cuit hati seorang wanita jika anda tidak tahu untuk menjaganya. Kehidupan ini sering dihiasi dengan airmata. Airmata kasih, airmata kerinduan dan bermacam-macam jenis airmata lagi. Carilah sahabat yang dapat menghapuskan airmatamu, bukan sahabat yang sanggup membiarkan airmatamu terus mengalir. Kehidupan bukan selama-lamanya. Kita perlu mengatur kehidupan dengan sebaiknya. Tiap tahun, tiap bulan, tiap hari, tiap saat, tiap detik pasti ada orang yang akan mengalami dugaan sendiri. 





Tabahkan jiwamu wahai sahabatku, kita tidak lepas daripada dugaanNya. Jika engkau perlukan bahu untuk kau luahkan segalanya, pertama sekali ceritakan kepada Allah dengan berdoa kepadaNya. Kedua, engkau luahkan kepada ibumu kerana dia memahami perasaan anaknya. Ketiga, orang yang paling akrab denganmu. InsyaAllah dirimu akan tenang selepas itu. Seterusnya, bertawakal kepada Allah.

Read, Like, Follow

Sunday 2 September 2012

Friend

Assalammualaikum. :) Selamat malam semua.
Hari ni Ieda nak ceritakan tentang P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N ¯\_(ツ)_/¯.

Saya sayang sahabat saya. Dia sering bersama saya tika saya susah ataupun senang. Tika saya sedih ataupun gembira. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, tapi ia tidak bererti kami tidak boleh menjadi kawan rapat. Saya senang berkawan dengan dia.
Dia sering memberikan saya nasihat bila saya memerlukannya. Dia juga sering memberikan pandangan bila diperlukan. Terlalu banyak kenangan manis dalam persahabatan. Ya Allah, aku mohon kepadaMu, tetapkanlah dia sebagai kawan dunia akhiratku. Aku tak sanggup lagi kehilangan sahabat yang aku sayangi.
Dia juga sering memberikan semangat ketika saya jatuh. Dia memberikan kekuatan dalam kelemahan saya. Dia juga melengkapkan kehidupan persahabatan saya.  Hanya Allah yang tahu betapa saya sangat menyayangi dirinya juga persahabatan kami.
Walaupun kami dipisahkan dek jarak dan waktu, ia tidak menghalang kami untuk terus menjadi sahabat baik. Dia melengkapkan kekurangan saya. 
Dia juga sering meminjamkan bahunya kepada saya untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku di dalam hati dan menangis. Dia tempat saya berkongsi perasaan dan juga masalah selain Allah. 
Biarpun kami berbeza jantina. Dia memahami saya. Saya juga akan memahami dia sebagaimana dia memahami saya. InsyaAllah.
Dia juga menjadi pembimbing saya. Dia sering mengingatkan saya waktu solat. Dia menjadi 'alarm' solat saya. InsyaAllah segala memori dan nasihat persahabatan kita sentiasa terpahat di memori hati saya. 
Ya Allah, jangan Engkau pisahkan kami selagi kami belum mencapai JannahMu. Engkau peliharalah hubungan persahabatan kami dengan rahmat dan kasih dariMu.
Engkau jagalah ia tika aku tiada di sisinya. Jika dia telah melupakan ku, maka engkau tolong ingatkan dia, bahawa seorang sahabatnya sentiasa menyayangi dan merinduinya.
Manusia sering melakukan khilaf, dia sering menjadi penasihat saya. 
Saya harap, walaupun 1000 tahun akan datang. Kami akan tetap bersahabat baik sepertimana kami bersahabat baik hari ini. Tiada yang dapat menggantikan tempatmu dia hatiku wahai sahabatku. Engkau kurniakan rahmat kepadanya. :')

Wasalam.

Read, Like, Follow