Sunday 22 June 2014

Mencari ketenangan itu.

Assalammualaikum. 
Tiada manusia sesempurna Rasulullah. Tiada manusia sehebat Baginda. Walaupun Baginda ma'sum, namun Baginda sentiasa melakukan ibadah, malah ibadah sunat juga. (Ibadah sunat rujuk kepada Hadith-hadith yang sahih).
Tika diri dilanda resah-gelisah, gundah-gulana. Bagaikan sesuatu yang mengganggu emosi diri. Tidak pernah terfikir bagaimana mencari ketenangan tersebut. Sebelum ini, masalah diluahkan kepada rakan atau sahabat. Sedangkan, Allah itu sentiasa ada bersama kita. Luahkanlah kepadaNYA! Andai tiada bahu untuk kalian menangis, namun sejadah sentiasa terbentang untuk kalian sujud dan memohon kepadaNYA.
Diri yang hidup di dunia ini. Sedang mencari di mana kebahagian, di mana ketenangan. Terlalu banyak masa yang dibazirkan, baru kini ku tahu Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu.
Di dunia ini, terlalu banyak liku-liku kehidupan yang perlu kita tempuhi. Dugaan itu sinonim dengan subjek kehidupan. Di kala kalian merasa tidak kuat, kembali kepada Allah. Kalian akan rasa tenang, malah InsyaAllah DIA akan membantu kalian. Mintalah apa jua pertolongan kepada Allah, istiqomahlah dalam melakukan ibadah kepadaNya. Jangan pernah rasa terpinggir oleh mana-mana manusia, jangan pernah rasa tersisih, jangan pernah rasa kekosongan, kerana Allah sentiasa bersama kita tika susah mahupun senang.
Bila kita berusaha untuk ber'hijrah', pasti banyak likuan yang kita akan hadapi. Namun, dugaan itu adalah tarbiah daripada Allah. Jangan difikir derita itu akan berpanjangan, kelak ia akan membawa putus asa pada Allah. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu. 

Jangan hirau apa pandangan orang terhadap kita, pandangan Allah lebih penting dan bermakna kepada kita. Bila kita ingin berubah, pasti banyak yang "bercakap-cakap" tentang masa lalu kita. Siapa mereka untuk me'judge' atau 'label' kita mahupun manusia lain? Hanya Allah yang berhak.

Bilamana seorang wanita berubah kepada yang lebih baik. Seringkali dihujani dengan beberapa soalan.
"Kau tak panas pakai tudung labuh? Kau tak panas pakai sarung tangan? Kau tak panas pakai sarung kaki? Kau tak malu keluar pakai baju besar gedabak macam baju orang tua?"
Jawapan saya untuk soalan pertama, tidak. Sebab apa? Sebab ada dalil yang menyuruh agar wanita melabuhkan tudung mereka. 
Soalan kedua, tidak. Sebab leceh bila angkat tangan, lengan baju sibuk jugak terlucut. Langkah berjaga pakailah sarung tangan. Tak perlu lagi nak 'cover-cover' lengan baju tu dari terlucut. Ingat, lengan wanita adalah aurat juga.
Soalan ketiga, tak. Sebab aurat juga yang harus ditutup.
Soalan keempat, tak malu pun. Buat apa pakai baju sendat-sendat tapi pakai tudung? Macam bungkus aurat tapi bukan tutup aurat.

Saya ada soalan untuk kalian fikir.
Ada dua orang perempuan. Orang pertama berhijab dan menutup aurat. Orang kedua hanya sekadar memakai skirt pendek dan tidak menutup aurat. Kamu rasa yang mana orang akan tertarik untuk di'kacau'?
Islam menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna kerana islam itu melindungi. Biarlah maruah wanita itu kita lindungi dan pelihara. Semoga hidayah itu bakal milik kita.

Waalaikumsalam.


Read, Like, Follow