Monday 12 November 2012

Tabahkan hati

Assalammualaikum semua. Hello mello guys! Apa khabar semua? Harap semua sihat belaka. :) Lama tak men-conteng dinding blog-simple ini. Hee, rindu terasa ingin berceloteh. 
Baiklah, di dunia ni, tiada manusia yang tidak pernah tidak diuji oleh Allah kan? Semua manusia pernah merasai ujian dari Allah. Ieda rasa tahun ni adalah tahun paling banyak dugaan dan ujian yang terpaksa ieda tempuhi. Alhamdulillah berkat sokongan keluarga, kawan dan orang yang sentiasa berada di sekeliling ieda. Mereka sentiasa memberi kata dorongan juga semangat untuk tempuhi segala dugaan yang datang bergolek di hadapan kita. Walau apa pun, kita kena tempuhi walaupun kita tidak menginginkannya. Betul tak? Siapalah kita hendak melawan takdir? Jika kita suda ditakdirkan sedemikian, maka kita harus menerima takdir itu dengan redha.
Jadilah diri sendiri yang akan menghadapi dugaan itu. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Memang kita merasa kadang-kadang kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan itu. Tetapi, kita disuruh untuk memohon kepada Allah. Kerana hanya dia tempat untuk kita memohon. Pohonlah padaNya, berdoa padaNya, pinta padaNya kerana Dia Maha Kuasa. 
Manusia ciptaan yang lemah. Apatah lagi insan bernama wanita. Insan yang berjiwa lembut dan mudah tersentuh. Jangan cuit hati seorang wanita jika anda tidak tahu untuk menjaganya. Kehidupan ini sering dihiasi dengan airmata. Airmata kasih, airmata kerinduan dan bermacam-macam jenis airmata lagi. Carilah sahabat yang dapat menghapuskan airmatamu, bukan sahabat yang sanggup membiarkan airmatamu terus mengalir. Kehidupan bukan selama-lamanya. Kita perlu mengatur kehidupan dengan sebaiknya. Tiap tahun, tiap bulan, tiap hari, tiap saat, tiap detik pasti ada orang yang akan mengalami dugaan sendiri. 





Tabahkan jiwamu wahai sahabatku, kita tidak lepas daripada dugaanNya. Jika engkau perlukan bahu untuk kau luahkan segalanya, pertama sekali ceritakan kepada Allah dengan berdoa kepadaNya. Kedua, engkau luahkan kepada ibumu kerana dia memahami perasaan anaknya. Ketiga, orang yang paling akrab denganmu. InsyaAllah dirimu akan tenang selepas itu. Seterusnya, bertawakal kepada Allah.

Read, Like, Follow