Sunday 26 May 2013

Melupakan kisah lalu.

Assalammualaikum. Mengapa sukar untuk seseorang melupakan apa yang telah berlaku kepadanya suatu ketika dahulu? Walaupun perkara itu sudah bertahun lamanya. Alangkah baiknya jikalau otak kita seperti komputer. Boleh delete apa yang kita tidak ingin, boleh save apa yang kita inginkan. Namun, ia sesuatu yang sukar. 
Kadang bila kita sudah mencuba untuk melupakan sesuatu, pasti banyak halangan. Kadang-kadang, perkara itu akan berlegar di ruang minda seseorang. Kita boleh memaafkan atas apa yang diperlakukan oleh seseorang, tapi sukar untuk kita lupakan apa yang telah dilakukan. Betul tak?
Bayangkan kalau otak kita berfungsi seperti komputer. Wah, alangkah bagusnya! Boleh kita delete orang-orang yang kita tidak mahu ingat. Kita cuma save kenangan indah dan save sentiasa orang-orang yang kita sayang. Kalau format otak pula, ah dah macam hilang ingatan. Tapi, siapa nak lupa ingatan? Lupa ingatan tu semua orang dan benda pun dia tak ingat.
Kisah lalu kita boleh lupakan secara beransur-ansur. Tetapi, pengajaran yang kita peroleh daripada kisah itu kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup.

Kita hanya dapat berdoa agar Allah berikan kita kekuatan untuk melupakan kisah lalu tanpa mengenangnya kembali. Mungkin sukar, tapi kita boleh terus mencuba dan cuba sehingga kita berjaya lakukan. Betul tak? Yang penting kita terus melangkah kehadapan tanpa berundur. Kisah lalu jadikan pengajaran yang dapat memberikan impak yang baik kepada diri, bukan impak yang buruk kepada diri.
Apa yang penting, kita harus redha dalam menerima takdir Allah tanpa mengeluh. Kita mungkin mahir dalam membuat perancangan mungkin juga mahir dalam menulis buku atau novel. Tapi, Allah sebijak-bijak perancangan yang terhebat. Tiada tandingan perancangannya. Kita ibarat pensel yang hanya boleh melakar, tetapi Allah yang akan membetulkan perancangan kita itu. Allahu'alam.
Wasalam.

Read, Like, Follow

Sunday 19 May 2013

Maaf dan mencuba memaafkan.

Assalammualaikum,
Tidak ada tindakan yang baik dalam pergaduhan selain memaafkan. Bukan senang untuk kita maafkan seseorang. Walau tidak bertumbuk atau berpukul. Tapi, daripada kata-kata seseorang ataupun kita mungkin akan dapat menimbulkan pergaduhan. Ya, saya akui itu.
Ego seseorang mungkin akan menghalang dirinya daripada mengaku kesalahan itu. Kita tidak dapat tanggapi hati seseorang. Kadang-kadang ada orang yang jenis memendam rasa. Kadang-kadang ada yang bercakap terus terang. Kadang-kadang ada yang dua-dua sekali. Kita tidak boleh jangka hati mereka. Tidak sama sekali. Kadang dalam diam seseorang dia menangis disebabkan pergaduhan itu, tapi di hadapan kawan-kawannya dia beriak gembira seakan-akan tiada apa yang berlaku dalam masa yang sama dia tidak menegur. Bukan tidak mahu, cuma itu prinsipnya. 
Ya memaafkan memang mudah, melupakan sesuatu yang sukar. Fikirlah, kesalahan yang kita buat tu kadangkala memang menggores hati seseorang. Kadangkala, dia pendam sesuatu tentang diri kalian, bila kalian menyakiti hatinya dia akan pendam. Tidak mustahil. Kita siapa? Mereka siapa? Semua manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. 
Tegurlah seseorang itu jika dia melakukan kesalahan dengan cara yang baik dan tidak menjatuhkan maruahnya. Jadi, apabila kita ditegur maka kita terimalah teguran itu dengan berlapang dada. Kenapa perlu dipertikaikan teguran seseorang? Tidak, kita ditegur, kita terima dengan berlapang dada. Kadang apa yang kita perkatakan secara "random" membuat orang terasa. Maaf andai ada yang terasa.

 Disini saya ingin memohon maaf andai saya pernah tersilap bicara dengan kalian. Maaf atas semua kesalahan. Masing-masing tidak lari daripada melakuka kesalahan. Jadi, maaf untuk yang kesekian kalinya. Saya akan memperbaiki diri dalam mencuba untuk memaafkan kesalahan seseorang. Kadang-kadang pengalaman yang membuat hati saya keras. 

Wasalam.

Read, Like, Follow