Sunday 26 May 2013

Melupakan kisah lalu.

Assalammualaikum. Mengapa sukar untuk seseorang melupakan apa yang telah berlaku kepadanya suatu ketika dahulu? Walaupun perkara itu sudah bertahun lamanya. Alangkah baiknya jikalau otak kita seperti komputer. Boleh delete apa yang kita tidak ingin, boleh save apa yang kita inginkan. Namun, ia sesuatu yang sukar. 
Kadang bila kita sudah mencuba untuk melupakan sesuatu, pasti banyak halangan. Kadang-kadang, perkara itu akan berlegar di ruang minda seseorang. Kita boleh memaafkan atas apa yang diperlakukan oleh seseorang, tapi sukar untuk kita lupakan apa yang telah dilakukan. Betul tak?
Bayangkan kalau otak kita berfungsi seperti komputer. Wah, alangkah bagusnya! Boleh kita delete orang-orang yang kita tidak mahu ingat. Kita cuma save kenangan indah dan save sentiasa orang-orang yang kita sayang. Kalau format otak pula, ah dah macam hilang ingatan. Tapi, siapa nak lupa ingatan? Lupa ingatan tu semua orang dan benda pun dia tak ingat.
Kisah lalu kita boleh lupakan secara beransur-ansur. Tetapi, pengajaran yang kita peroleh daripada kisah itu kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup.

Kita hanya dapat berdoa agar Allah berikan kita kekuatan untuk melupakan kisah lalu tanpa mengenangnya kembali. Mungkin sukar, tapi kita boleh terus mencuba dan cuba sehingga kita berjaya lakukan. Betul tak? Yang penting kita terus melangkah kehadapan tanpa berundur. Kisah lalu jadikan pengajaran yang dapat memberikan impak yang baik kepada diri, bukan impak yang buruk kepada diri.
Apa yang penting, kita harus redha dalam menerima takdir Allah tanpa mengeluh. Kita mungkin mahir dalam membuat perancangan mungkin juga mahir dalam menulis buku atau novel. Tapi, Allah sebijak-bijak perancangan yang terhebat. Tiada tandingan perancangannya. Kita ibarat pensel yang hanya boleh melakar, tetapi Allah yang akan membetulkan perancangan kita itu. Allahu'alam.
Wasalam.

Read, Like, Follow

No comments: