Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem

Assalammualaikum :) Apa khabar putera puteri? Saya sihat alhamdulillah. Saya nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan yang Mulia ini. Moga dapat menambahkan amalan yang terkurang. Ya Allah, indahnya rasa hati melalui Ramadhan ini. 


Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan iman. Bukan itu sahaja, apabila kita menghayati maksud di sebalik puasa iaitu menjaga pandangan dengan menundukkan pandangan muslimin dan muslimat, jaga aurat, jaga iman dan tingkatkan iman. Iman ini sukar untuk bertambah tanpa usaha, manakala mudah sahaja berkurang.
Moga Allah memberkati amalan dan rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu ini ya Allah. Kami bersyukur diatas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami.
Saudara, kita disini sakan Ramadhan. Pernahkah kita terfikir saudara-saudara kita di Syria? Gaza? Mesir? Allahu, andai terkenang, sungguh sayu hati. Moga Allah melindungi mereka. Andai mereka berjuang demi Islam, syahidlah mereka. Allahuakbar! Ya Allah peliharalah mereka yakni saudara-saudara Islamku di sana. Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan kepada Engkau kami meminta.
Hiasilah Ramadhan ini dengan amalan sunnah Rasulullah. Sebelum itu, lakukan yang wajib dahulu. Jaga solat 5 waktu. *sebagai peringatan kepada diri ini juga* Saling ingat-mengingati sesama Islam. Berikan kami cahaya RamadhanMu ya Allah. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami di bulan Ramadhan ini dalam meningkatkan amalan dan iman. InsyaAllah. :) 

Khas : Memandangkan malam ini malam Jumaat, saudara sudah membaca surah Al-Kahfi? Kalau belum, kalian boleh baca sama ada malam jumaat / hari jumaat. InsyaAllah, banyak fadhilatnya.
"Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (HR An Nasa’i dan Baihaqi)

Read, Like, Follow

No comments: