Sunday 27 October 2013

Menjaga hati & merawat hati

Assalammualaikum.
 
Qalbu - bolak-balik. Kadang kita akan rasa marah, benci, sayang, rindu dan berbagai lagi perasaan. Hati manusia ini jarang tenteram dek perasaan yang bercampur-baur. Kenapa perlu kita merasai atau melalui perasaan yang sedemikian? Kenapa? Itulah makna disebalik QALBU. Allahu.
Manusia bila dikecewakan kenapa harus membenci? Sedangkan sebelum ini kita pernah saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tiada gunanya asyik membenci. Apabila kita membenci, maka hitamlah hati kita. Setitik kehitaman di hati, hari demi hari. Bagaimana untuk hari-hari seterusnya? Adakah kita akan terus membenci dan membiarkan titik kehitaman itu mewarnai hati kita? Tidak! Hati kita akan menjadi gelap.
Andai tidak inginkan kehitaman itu, andai tidak ingin untuk membenci, biarlah perasaan kita menjadi perasaan yang sederhana sahaja. Tidak terlalu sayang dan tidak terlalu benci. Sesuatu yang 'terlalu' itu akan membuatkan kita terlalu kecewa. Jangan biarkan kehitaman itu mewarnai hati kita. 
Ini bukan untuk anda, namun sebagai peringatan untuk diri saya juga. Kita manusia, masing-masing melakukan kesilapan. Hati kita Allah yang pegang, DIA berhak untuk membolak-balikkan hati kita mengikut kehendakNYA. Siapalah kita? Hanya manusia kerdil yang coretan kehidupan itu telah tercatat di Lauh-Mahfuz. Alhamdulillah, Allah memelihara hati ini dari terus diselubung rasa kecewa, sedih. Andai anda dalam kesedihan, rawatlah hati anda dengan senyuman dan zikir. Sujudlah dan memohon kepadaNYA. DIA adalah sebaik-baik pendengar. Luahkan kepadaNYA. DIA sentiasa bersama kita tika senang mahupun susah. Apabila kita meluah dengan Allah, sujud dan memohon kepadaNYA, insyaAllah hati kita akan rasa tenang dan bersyukur kerana DIA sentiasa berada bersama kita. Allah adalah segalanya. Kita kerdil dan tidak punyai apa-apa kerana kita hidup untuk ber'ibadah kepadaNYA. Mohon Allah terus menetapkan hati-hati kita untuk perasaan yang sederhana sahaja. Amin!
 

Read, Like, Follow