Thursday 4 September 2014

Karenah itu

Assalamualaikum.

Karenah? Ia juga ditafsirkan dengan perangai.
Di dunia terlalu banyak ragam manusia. Ada yang menjengkelkan, ada yang mencuit hati.
Aku tidak persoalkan karenah manusia di dunia.

Semua pernah jejakkan kaki menuntut di sebuah sekolah. Tidak kira tadika, sekolah rendah malah sekolah menengah. Di situ kita dapat lihat berbagai-bagai karenah pelajar.

- Sekolah rendah -

Aku ada kawan sekolah rendah yang masih berhubung sehingga sekarang. Dah masuk 11 tahun -- bila aku hitung semula.

Ada yang hari-hari jumpa. Tak kira pagi, petang atau malam. Ada seorang nama dia Sammy Hon Xing Xuan ( Sebut dengan betul ), dia ni satu sekolah kelas pun kira selang sebuah saja. Pagi-pagi kau jalan kau nampak muka dia. Kalau petang pun nampak muka dia -- latihan bola keranjang. Lepas tu, malam kau jumpa lagi dekat tusyen. Tapi apa yang pelik, entah kenapa aku tak pandai bosan / menyampah tengok muka dia. Bila kau jumpa, kau rasa macam nak ketawa, nak cari gaduh tapi tak pandai muak tengok muka dia. Sekarang, aku rindu dia. Rindu buli, gelak, buat kerja sama-sama.

Ada yang sampai sekarang kau boleh kata "geng" -- Elly, Effa, Shasha. Darjah 5 dan 6 sekelas. Duduk pun dekat juga -- walaupun sebenarnya ada selang beberapa murid. Kalau dulu, bila sekelas kau rasa ada ja benda boleh bawa gaduh. Tak puas hati sikit -- perang dingin. Akhir-akhir, berbaik gelak macam dunia aku yang punya. Sekarang, kalau cuti ( Woi! Kau busy? Jom jalan. Rindu heh. ) Ayat klise bila ajak jalan. ( Menyampah tau -- tiada bagi salam kau terjah jaa. Aku yang tidur pun boleh terkejut macam kena renjat elektrik. )

Ada kawan aku sekelas, aku jumpa juga dekat Karate Sabtu / Ahad. Bila Sensei suruh cari pasangan untuk Kumitte, aku cari juga kawan aku tu-- Kalau tak puas hati, kau boleh cari peluang untuk tumbuk / tendang dia. Kalau latihan Kata, mesti sebelah kawan. Kadang Sensei pun rasa rimas kot, dia bagi sorang dekat depan, sorang dekat belakang.

- Sekolah menengah -

Sekolah menengah lagi banyak ragam. Mana lagi bila kita yang tengah mencapai fasa peningkatan remaja.

Dalam kelas mesti yang paling ramai -- Bila tiada guru atau tiada kerja, tidur. Macam tiada aktiviti lain kan? Rasa dalam kelas macam mengantuk lagi-lagi bila lepas rehat kau makan. Ada juga yang main bantai dia -- walaupun ada guru, dia tidur.

Ada juga yang pendiam -- tapi tak ramai, tapi ada. Ada yang pendiam tahap tujuh petala -- Orang ni boleh dikira berapa perkataan yang dia cakap dalam sehari. Kalau kau tanya, dia jawab kau dengan senyuman dia yang cantik tu. ( Aku suka kacau kawan aku yang macam ni.)
Ada yang pendiam sikit -- Bila orang buat lawak sikit dia ketawa sampai mengalir airmata.

Ada juga yang bila gaduh kau rasa macam jauh ja orang tu. Bercakap macam guna microphone -- Wanita. Tapi, lama-lama baik juga. ( hahaha nama pun kawan sekelas )

Aku respect dekat orang yang jenis sabar. Wah! Kau cakap ja apa-apa pasal dia, kau kutuk ikut sedap mulut kau pun -- Dia tetap sabar.



Karenah itu yang kadang bila dikenang buat hati terusik. Bila kaki dah melangkah keluar / pergi dari sekolah mesti rindu -- Rasa "bolehkah aku dapat suasana macam ni lagi dekat luar sana?". Pasti aku rindu karenah rakan-rakan seperjuanganku itu-- Pasti!



Read, Like, Follow

1 comment:

Bella Idura said...

salam.. saya dah jadi kawan awak no 48. Nanti datang blog saya pulak k? pastu saya nak nominated nama awak untuk Liebstar Awards!! nanti awak klik sini tau..

http://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/liebstar-awardagain.html